Home » Citra Yadim » Buku Iqra’ untuk mualaf Orang Asli oleh SAY Kuala Langat

Buku Iqra’ untuk mualaf Orang Asli oleh SAY Kuala Langat

PULAU CAREY – “Bolehlah nanti kami mempelajari Al Quran dengan cepat dan mudah,” kata mualaf Orang Asli di pulau ini sebaik menerima buku mendalami kitab suci itu daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat.

Mereka jelas gembira dan berasa sentiasa diingati dengan pemberian tersebut.

Sebanyak 20 set Iqra’ 1 hingga 6 disampaikan kepada para mualaf Orang Asli di Kampung Melayu dan Kampung Sungai Judah di sini. Barangan keperluan harian juga disampaikan kepada mereka dalam kunjungan ini.

Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan Setiausaha Kerja, Hanizah Sumiri menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Timbalan Nazir Masjid Al Tahsis  Kampung Melayu Pulau Carey,  Haji Leman Haji Yusof dan di Kampung Sungai Judah pula diserahkan kepada seorang mualaf di kampung tersebut, Nur Ain Abdullah.

Pada hari yang sama, SAY Kuala Langat turut menyerahkan 15 naskhah Al Quran buku Iqra’, sejadah dan telekung kepada Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang. Ia diterima oleh penyelianya, Zaharatul Zaid.

Buku Iqra’ yang diagihkan ini ialah  hasil sumbangan daripada orang ramai yang sentiasa prihatin dengan usaha SAY Kuala Langat.

Program yang diadakan ini merupakan sebahagian pengisian SAY Kuala Langat untuk Bulan Dakwah 2.0 YADIM.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *