Home » Citra Yadim » Bulan Dakwah 2.0:  Musa’adah Covid-19 sekitar Sungai Petani

Bulan Dakwah 2.0:  Musa’adah Covid-19 sekitar Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Sempena Bulan Dakwah 2.0, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyantuni komuniti beberapa kampung di sekitar daerah ini.

Menerusi program YADIM Peduli – Musa’adah Covid-19, 30 keluarga yang memerlukan di Kampung Permatang Tengah, Kampung Sungai Meriam, Kampung Sungai Meriam dan Taman Sidam menerima sumbangan barangan keperluan harian pada 16 Oktober.

Dalam program ini, YADIM Kedah bekerjasama dengan Masjid Permatang Tengah, Jalan Pantai Merdeka dan Ahli Jawatankuasa  Surau Taman Sidam.

Para Penerima terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim, pesakit kronik, mereka yang terjejas pendapatan, Orang Kelainan Upaya, terputus bekalan makanan dan lain-lain.

Mereka menerima set makanan seperti beras, gula, tepung minyak, bihun, teh, biskut dan lain lain lagi.

Para penerima dan petugas program mengucapkan rasa syukur atas keprihatinan YADIM membantu meringankan beban penduduk di kawasan ini.

Badan dakwah ini diwakili oleh penyelaras program, Ustaz Haji Azmi Mohammad.

Hadir sama ialah Imam Masjid Permatang Tengah, Ustaz Haji Omar Haji Jaafar, Pengerusi Sukarelawan YADIM Sungai Petani,
Basor Haron, Imam Surau Taman Sidam, Azmi Saad dan wakil masjid, surau dan ahli komuniti.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *