Home » Citra Yadim » Buku panduan Ibadah jadi rujukan ibadah pesakit Hospital Serdang

Buku panduan Ibadah jadi rujukan ibadah pesakit Hospital Serdang

SERDANG – Selaras dengan hasrat menjadikan Hospital Serdang sebagai sebuah institusi mesra ibadah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah tampil bekerjasama dengan Unit Hal Ehwal Islam hospital berkenaan.

Antara inisiatif YADIM ke arah itu ialah menyumbangkan sebanyak  100 naskhah buku Panduan Ibadah Pesakit , 100 naskhah Buku Hamba Terpilih, 30 set kit ibadah pesakit, 80 botol semburan wuduk dan 20 botol debu tayamum.

Sumbangan pada 14 Jun itu diterima oleh Ketua Jabatan Rehabilitasi, Dr Saari Mohamad Yatim. Hadir sama ialah Ketua Unit Hal Ehwal Islam hospital ini, Ustaz Ustaz Mohamad Hafiz Bakren.

Hari ini buku buku sumbangan badan dakwah ini ternyata bermanfaat apabila menjadi rujukan utama para pesakit di hospital berkenaan untuk tetap menjalankan tranggungjawab mereka meskipun sedang menerima rawatan.

YADIM sedia bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi melestari gerakan dakwah di negara ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *