Home » Citra Yadim » SAY Kuala Langat agih daging segar sumbangan YaPEIM

SAY Kuala Langat agih daging segar sumbangan YaPEIM

KUALA LANGAT – Usaha konsisten daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat menyantuni golongan yang memerlukan terus mendapat perhatian pelbagai pihak untuk terlibat sama dalam program berkenaan.

Selepas penternak ikan, penanam sayur dan pengusaha katering, kali ini Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada 3 September telah menyumbangkan sebanyak 250 kilogram daging untuk diagihkan pasukan ini.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pegawai YaPEIM Selangor Haji Yaacob Alias kepada Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin.

Sumbangan daging berkenaan yang setiap satunya seberat satu kilogram diagihkan pada hari yang sama untuk mereka yang memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib dan DUN Sijangkang.

Antara penerima termasuklah anak yatim, ibu tunggal asnaf dan sebagainya.

YaPEIM sebelum ini juga pernah menyumbangkan foodbank kepada SAY Kuala Langat.

 

Dalam pada itu, pada hari yang sama juga, edaran makanan bermasak telah diadakan di DUN Sijangkang oleh SAY Kuala Langat.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *