Home » Citra Yadim » ‘Bulan Solidariti Dengan Palestin Dan Umat Yang Tertindas’

‘Bulan Solidariti Dengan Palestin Dan Umat Yang Tertindas’

DENGAN Hasrat mengangkat isu Palestin secara lebih meluas sepanjang bulan Ramadan ini sebagai tanda bersolidariti dengan saudara seagama dan tidak melupakan golongan ditindas di seluruh dunia, Kempen Ramadan 1445/2024 ‘Bulan Solidariti Dengan Palestin Dan Umat Yang Tertindas’ telah dilancarkan pada 10 Mac.
Anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), ia disempurnakan pelancarannya oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus di Kuala Lumpur.
Kempen tersebut bertujuan mengangkat isu Palestin dan umat tertindas sebagai maudhu utama sepanjang Ramadan kerana situasi di Gaza khususnya semakin genting selain meningkatkan kesedaran umat Islam terhadap pertanggungjawapan kepada persaudaraan Islamiah dengan seluruh umat Islam yang dizalimi.
Bagi tujuan itu, MAPIM akan menyalurkan sumbangan Pakej Iftar Rahmah Ramadan kepada komuniti pelarian yang daif, mengadakan Siri Bicara Ramadan mengenai umat tertindas dan kewajipan membela nasib mereka serta mengumpul Dana Kemanusiaan Ramadan untuk disalur kepada Gaza.
MAPIM juga akan melancarkan Jaringan Restoran Rahmah Ramadan (J3R) untuk Tabung Kemanusiaan Ramadan serta Program Pembiayaan Keluarga Gaza dan menggerakkan Malaysia Palestine Trade Union Social Service Fund dan pada masa yang sama melancar Malaysia Towers Gaza Galeri.
Hadir sama pada pelancaran kempen ialah Presiden MAPIM Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid serta rakan-rakan badan bukan kerajaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *