Home » Citra Yadim » YADIM Kelantan: Majlis Sambutan Ambang Ramadan

YADIM Kelantan: Majlis Sambutan Ambang Ramadan

KETIBAAN Ramadan terus diisi YADIM Kelantan dengan pelbagai pengisian bermanfaat.
Program terbaharu mereka bersama masyarakat ialah menerusi Majlis Sambutan Ambang Ramadan di Dewan Al-Falah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penambang, Kota Bharu pada 11 Mac.
Seramai 470 murid, guru dan kakitangan sekolah menyertai program ini yang dirasmikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.
Ucapan aluan program telah disampaikan oleh Pengetua SMK Penambang, Haji Zamari Abdul Wahab.
Penceramah bebas, Ustaz Tuan Anuwa Tuan Mat telah dijemput memberi pengisian untuk program ini.
Hadir sama ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Nor Maizura Mamat, Penololong Kanan Kokurikulum, Encik Azman bin Mohamed Nor @ Zahari dan Penolong Kanan Pentadbiran, Haji Mohamed Nasir Yusoff.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *