Home » Langit Terbuka » Cadang bukan Islam terlibat dalam perbicaraan syariah

Cadang bukan Islam terlibat dalam perbicaraan syariah

Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Foto : bharian.com.my

SHAH ALAM 31 Jan. – Cadangan untuk memberi kelonggaran kepada orang bukan Islam terlibat dalam perbicaraan di mahkamah Syariah adalah selaras dengan prinsip undang-undang Islam yang mengutamakan prinsip keadilan.

Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Muzaffar Syah Mallow berkata, bagaimanapun dalam cadangan itu juga perlu membenarkan orang bukan Islam menjadi peguam Syarie.

“Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini adalah baik, bagi melindungi hak anak guam mereka yang bukan beragama Islam dalam mahkamah Syariah kelak.

“Ini juga selaras dengan prinsip undang-undang Islam itu sendiri yang memberi keutamaan kepada prinsip keadilan sebelum sesuatu keputusan diberikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selepas hampir sepuluh tahun, Mahkamah Persekutuan Isnin lalu, memutuskan penukaran tiga anak guru tadika, M Indra Ghandi kepada Islam adalah tidak sah dan terbatal.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perlaksanaan cadangan tersebut membolehkan pihak mahkamah Syariah mendengar hujah daripada semua pihak yang terlibat dalam sesuatu kes sebelum keputusan diberikan.

“Merujuk kes yang berlaku sekarang, pihak Mahkamah Persekutuan telah mengetepikan penukaran agama sebelah pihak ke atas tiga anak Indra, dan memutuskan sebarang penukaran agama kanak-kanak bukan Islam perlu mendapat persetujuan kedua ibu bapa, bukan hanya salah seorang daripadanya.

“Adanya juga peguam Syarie yang bukan beragama Islam juga memudahkan urusan orang – orang bukan Islam untuk berurusan dalam mahkamah Syariah sekiranya cadangan membenarkan orang bukan Islam terlibat dalam proses perbicaraan dilaksanakan kelak,” katanya. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *