Home » Langit Terbuka » Cadangan supaya surau R&R, pusat beli-belah boleh dibuka semula

Cadangan supaya surau R&R, pusat beli-belah boleh dibuka semula

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga mencadangkan surau di kawasan Rehat dan Rawat dan surau di pusat beli-belah di zon hijau dan kuning dibuka namun perlu mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard. - Foto Says

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencadangkan masjid dan surau di zon hijau serta kuning, menyediakan ruang solat khusus kepada penghantar makanan, pemandu e-hailing dan orang bermusafir untuk menunaikan solat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu juga mencadangkan surau di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan surau di pusat beli-belah di zon hijau dan kuning dibuka namun perlu mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Saya amat memahami keluhan umat Islam yang ingin surau dibuka seperti biasa untuk memudahkan urusan ibadah.

“Justeru, saya mencadangkan kepada pihak pengurusan R&R dan pusat beli-belah membuka semula surau,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang khas mengenai garis panduan majlis akad nikah dan SOP solat Jumaat yang disiarkan secara langsung, hari ini. – Berita Harian

 

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *