Home » Langit Terbuka » Solat Jumaat diperluas 1/3 kapasiti dewan bagi zon hijau, kuning di WP

Solat Jumaat diperluas 1/3 kapasiti dewan bagi zon hijau, kuning di WP

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, bagi solat fardhu 5 waktu di kawasan zon hijau dan kuning, kapasiti yang dibenarkan adalah tidak melebihi 30 jemaah, tertakluk kepada keluasan dewan solat utama masjid dan surau, dengan penjarakan 1 meter antara jemaah. - BebasNews

PETALING JAYA – Jumlah solat Jumaat diperluaskan sehingga 1/3 daripada kapasiti dewan solat utama masjid dan surau bagi zon hijau dan kuning di Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Sebelum ini, jumlah jemaah ditetapkan tidak melebihi 50 orang tertakluk kepada keluasan dewan solat dengan penjarakan 1 meter antara jemaah.

Beliau berkata, bagi solat fardhu 5 waktu di kawasan zon hijau dan kuning, kapasiti yang dibenarkan adalah tidak melebihi 30 jemaah, tertakluk kepada keluasan dewan solat utama masjid dan surau, dengan penjarakan 1 meter antara jemaah.

“Bagi Wilayah Persekutuan Labuan yang kini zon merah, jumlah jemaah solat Jumaat dihadkan kepada 12 orang dan solat 5 waktu dihadkan kepada 3 orang.

“Dalam masa yang sama, aturan ini akan turut dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Putrajaya sekiranya wujud zon merah di kawasan tersebut dan keadaan yang sama berlaku,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung pada 5 November.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *