Home » Langit Terbuka » Calon wanita menang pilihanraya di Arab Saudi

Calon wanita menang pilihanraya di Arab Saudi

sumber

ARAB SAUDI, Isnin – Sekurang-kurangnya empat calon wanita telah memenangi kerusi dalam pilihan raya perbandaran di Arab Saudi.

Menurut laporan tempatan, pilihan raya yang pertama seumpama di negara itu terbuka kepada pengundi dan calon wanita.

Calon-calon wanita telah dipilih kepada tiga majlis bandaran, dua di kawasan pemerintahan Ihsaa dan setiap satunya lagi di Tabouk dan Mekah.

Presiden Suruhanjaya Pilihan Raya, Osama al-Bar memaklumkan seorang calon wanita Salma Hizab al Oteibi telah dipilih untuk majlis Madrakah di bahagian Mekah.

Pilihan raya tempatan pertama adalah pada tahun 2005 dan kedua pada 2011 namun golongan wanita telah dikecualikan dari kedua-dua pilihan raya tersebut.

“Saya gembira kerana telah mengundi buat kali pertama dalam hidup saya,” kata seorang wanita yang enggan didedahkan namanya.

Seorang lagi pengundi, Najla Harir berkata kaum wanita di Arab Saudi optimis dengan hak diberikan untuk mengundi sekaligus menggambarkan masa depan yang cerah untuk wanita di negara itu.

“Ini adalah hari baru untuk seorang wanita di Arab Saudi,” kata seorang aktivis wanita menerusi akaun Twitternya. – Agensi

Sumber daripada www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *