Home » Langit Terbuka » Caruman KWSP Suri Rumah Tak Babit Potongan Tambahan

Caruman KWSP Suri Rumah Tak Babit Potongan Tambahan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

HULU SELANGOR – Cadangan mewujudkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah tidak membabitkan caruman tambahan dipotong daripada gaji suami, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata sebaliknya dua peratus daripada 11 peratus gaji suami yang dicarumkan kepada KWSP dicadang dipotong untuk tujuan itu.

“Kita tidak ambil tambahan, hanya ambil daripada 11 peratus. Bagilah pengiktirafan kepada wanita,” katanya selepas membuat lawatan ke Rumah Ehsan untuk warga emas di Kuala Kubu Bharu dekat sini, hari ini.

Dr Wan Azizah berkata, kementerian akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, pada Khamis bagi membincangkan mekanisme pelaksanaan pemotongan caruman itu.

Antara perkara yang akan diberi perhatian ialah soal suami yang mempunyai isteri lebih daripada satu.

Caruman KWSP kepada suri rumah adalah antara janji Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum lalu.

Selain caruman daripada pendapatan suami, cadangan itu turut membabitkan sumbangan RM50 daripada kerajaan. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *