MURTADKAN ISLAM: YADIM SEDIA KERJASAMA DENGAN NGO BERI PENJELASAN DAN TINDAKAN

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyambut baik ketegasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam isu memurtadkan penganut Islam seperti yang sedang tular ketika ini. YADIM juga sedar dan faham tentang keluh kesah masyarakat apabila isu ini timbul. Ia bukan sekadar tentang pemahaman akidah […]
MENJUNJUNG TAAT SETIA DI ATAS TITAH PERKENAN PROKLAMASI DARURAT OLEH KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Assalammualaikum WBT Salam Sejahtera, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan juga Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) yang menaungi lebih 300 NGO Islam, menjunjung taat setia dengan sepenuhnya di atas titah perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa […]
TAHNIAH MIA SARA. MASYARAKAT PERLU LEBIH RAMAI ARTIS SEPERTI ANDA!

PUTRAJAYA – Kecekalan Mia Sara yang memilih untuk kekal bertudung meskipun diminta membukanya adalah satu sifat terpuji yang wajar dicontohi. Sifat seperti ini melambangkan kesungguhan beliau mempertahankan agamanya meskipun cuba diganggu gugat oleh cabaran industri. Mia Sara boleh memilih untuk membuka auratnya walaupun sedikit, atas alasan keperluan kerja yang mungkin juga akan memberinya jalan untuk […]
ISU MISS PLUS WORLD MALAYSIA

PUTRAJAYA – Meneliti isu bantahan yang terkait di atas dengan penuh rasional dan mengambil kira pertimbangan daripada semua aspek, pertemuan penyelarasan agensi agama JAKIM, JAWI dan YADIM pada 31 Dis 2020, jam 10 pagi di Putrajaya, maka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengambil pendirian dan keputusan bersama, tetap membantah Miss Plus World Malaysia sekiranya program […]
Bantahan Terhadap Penganjuran Grand Final Gala Night bagi Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ingin menyatakan bantahan secara rasmi dan kekesalan terhadap penganjuran Grand Final Gala Night bagi Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 pada 2 Januari 2021 bertempat di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Penganjuran program seperti ini pada asasnya memberi isyarat yang salah kepada rakyat yang melambangkan seolah-olah kerajaan dibawah kepimpinan […]
Musim Tengkujuh: Sukarelawan YADIM Siaga

1. Menghadapi musim tengkujuh tahun ini, YADIM akan mulakan dengan siri solat dan munajat di seluruh negara agar negara dan seluruh penduduknya selamat dan tidak mengalami apa jua musibah. Insyaallah 2. Namun sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan SUKARELAWAN YADIM akan diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk berkhidmat kepada masyarakat atau rakyat yang memerlukan. 3. Gandingan Sukarelawan […]
Pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia sesi 2020-2022

Pertamanya diucapkan syukur ke atas semua limpah kurniaNya hingga membolehkan kita mengadakan majlis hari ini. YADIM mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin atas pelantikan seramai 11 orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YADIM. Terima kasih juga kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang […]
Pelantikan Al-Fadhil Ustaz Hj. Nasrudin Hassan Sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Yang Baharu

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengalu-alukan pelantikan Al-Fadhil Ustaz Hj. Nasrudin Hassan sebagai Yang Dipertua (YDP) yang baharu berkuatkuasa 16 Julai 2020. Pelantikan Al-Fadhil Ustaz sebagai YDP YADIM yang ke 14 oleh YAB Perdana Menteri adalah selaras dengan perkara 8 (C) Surat Ikatan Amanah YADIM yang menjadi asas perlembagaan yayasan ini. Al- Fadhil Ustaz Hj. […]
Abdul Rahman akan dibantu YADIM Sarawak.

Merujuk kepada laporan akhbar Harian Metro pada 29 Mac 2020 (https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/559811/kami-makan-apa-sahaja-janji-perut-beralas ) bertajuk ‘Kami makan apa sahaja, janji perut beralas’, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ingin memberi maklum balas berhubung perkara berkenaan. YADIM memandang serius masalah yang dihadapi oleh bekas Daie YADIM, Abdul Rahman bin Abdullah @ Dino Anak Jarabun yang terputus mata pencarian akibat […]
YADIM SAMBUT BAIK PELANTIKAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyambut baik pelantikan Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta YB Ahmad Marzuk Shaary sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). YADIM berpandangan pelantikan Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah satu langkah tepat memandangkan beliau […]