Home » Kenyataan Media » Kenyataan Media Isu Anak Anak Puan Loh Siew Hong

Kenyataan Media Isu Anak Anak Puan Loh Siew Hong

YADIM ingin merakamkan kekesalan di atas tindakan dan kenyataan provokatif berterusan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Dr. P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan beberapa pemimpin dari parti politik yang sama dengan beliau di atas isu yang melibatkan anak-anak kepada Puan Loh Siew Hong.

Kes yang pada asalnya berkaitan dengan hak penjagaan anak-anak Puan Loh, telah diulas dengan nada yang begitu provokatif oleh Ramasamy dan rakan-rakan beliau dengan menimbulkan isu pengislaman secara unilateral, penguatkuasaan berpihak oleh pihak berkuasa dan sangkaan buruk kepada NGO Islam yang telah menawarkan perlindungan kepada anak-anak yang menjadi mangsa perceraian ibu bapa mereka yang bukan Islam semasa itu.

Tindak tanduk Ramasamy ini tidaklah begitu sukar untuk diduga kerana kenyataan terbaru beliau di laman Facebook peribadi yang mempersoalkan sikap parti politik lain yang dilihat “membisu” dalam soal ini. 

YADIM ingin mengingatkan Ramasamy bahawa dalam masa beliau menuntut agar undang-undang dihormati, tuntutan itu juga terpakai kepada beliau dan rakan-rakannya. Kenyataan yang menggunakan istilah “penculikan”, “manipulasi”, “paksaan”,  “ancaman” dan sebagainya tanpa dibuktikan secara terang-terangan bukanlah satu tindakan yang menghormati undang-undang bahkan ia adalah tindakan provokasi yang berniat sangat jahat.

Tidakkah lebih baik Ramasamy menyemak kembali mengapakah pihaknya ptidak memberi pembelaan kepada keluarga ini semasa mereka bermasalah sebelum ini dan ketika suami dan anak-anak tersebut  belum beragama Islam?

Perlu ditegaskan bahawa Islam sama sekali tidak mengizinkan paksaan untuk memeluk Islam namun Islam juga tidak mengizinkan penghinaan diberikan kepada umat ini tambahan lagi dari individu yang dilihat konsisten dalam menimbulkan sentimen buruk terhadap Islam dan umatnya.

Demikian juga sikap YADIM dan seluruh NGO Islam di Malaysia!

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *