Home » Kenyataan Media » ISU MISS PLUS WORLD MALAYSIA

ISU MISS PLUS WORLD MALAYSIA

PUTRAJAYA – Meneliti isu bantahan yang terkait di atas dengan penuh rasional dan mengambil kira pertimbangan daripada semua aspek, pertemuan penyelarasan agensi agama JAKIM, JAWI dan YADIM pada 31 Dis 2020, jam 10 pagi di Putrajaya, maka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengambil pendirian dan keputusan bersama, tetap membantah Miss Plus World Malaysia sekiranya program tersebut diteruskan dan masih menyerupai ala pertandingan ratu cantik wanita.

Walau bagaimana pun, pertemuan dan perbincangan diantara JAKIM dan penganjur sangat dihormati dan diambil maklum.

Berdasarkan kepada pertemuan tersebut, JAKIM dengan Penganjur Malaysia Plus World Icon ( Miss Plus World) pada 31 Disember 2020 jam 04:15 petang yang dipengerusi oleh Dr. Lokman Ab Rahman, Pengarah KSK JAKIM, keputusan dan komitmen penganjur adalah seperti berikut ;

1. Penganjur tidak akan melibatkan peserta muslim (menggugurkan penyertaan) dalam acara pada malam tersebut (2 Januari 2021).

2. Tiada peserta wanita beragama Islam yang akan menjadi pemenang dan menjadi wakil ke Peringkat Antarabangsa di Miss Plus World USA.

3. Peserta beragama Islam hanya akan menjadi pemerhati dan duduk di meja VIP.

4. Pihak JAKIM hanya bersetuju untuk bekerjasama dengan penganjur bagi program yang berbentuk meninggikan martabat wanita muslim sesuai tuntutan ajaran Islam.

Maka, besar harapan YADIM yang juga mewakili ratusan NGO Islam MAIM dan ummat Islam di Malaysia, agar pihak penganjur komited dan menepati janji seperti yang dipersetujui bersama.

Ust Haji Nasrudin Hasan
Yang DiPertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(YADIM)

2 Jan 2021

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *