Pembentangan Kajian Kepuasan Bekerja Warga YADIM Tahun 2023

KAJIAN Kepuasan Bekerja Warga YADIM Tahun 2023 dibentangkan pada 23 Februari oleh barisan penyelidik dari Universiti Islam Selangor (UIS) yang diketuai oleh Pensyarah Jabatan Ekonomi dan Pengurusan UIS, Dr. Alawiyah Tengah. Laporan setebal 41 muka surat itu menumpukan kepada sembilan perkara atau pemboleh ubah iaitu keadaan kerja, perjawatan, ganjaran, peluang kenaikan pangkat, hubungan dengan penyelia, […]

SIRI Kedua Sepakat Madani Bersama Komuniti

SIRI Kedua Sepakat Madani Bersama Komuniti telah berlangsung di Masjid Mukim Batang Merbau, Tanah Merah pada 22 Februari. Program bermula dengan Bicara Minda bertajuk “Malaysia Madani Memupuk Masyarakat Sejahtera ” yang disampaikan oleh Duat Al Falah, Ustaz Haji Ab Halim Harun. Selesai Bicara Minda, program diteruskan dengan penyampaian bakul makanan sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam […]

YDP YADIM merasmikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara UIS dan UNFPA

YANG Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah merasmikan Forum dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Universiti Islam Selangor dan United Nation Population Fund pada (UNFPA) 22 Februari. Beliau mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan dalam program ini. Perjanjian persefahaman antara kedua pihak ini nanti akan […]

Forum ‘Ihya Ramadhan’ anjuran YADIM Pulau Pinang

SEKITAR Forum bertajuk ‘Ihya Ramadhan’ anjuran YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama dengan Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kepala Batas pada 21 Februari. Seramai 200 orang pelajar ILP Kepala Batas telah menghadiri sesi forum tersebut. Ia menampilkan mantan Pegawai Agama Darul Hidayah Pulau Pinang, Ustaz Abdul Malik Abdullah serta Penolong Pengarah YADIM Kedah dan Perlis, Ustaz Muhammad […]

Program ‘Talk With Profesor Mehmet Asutay’

LENSA Program ‘Talk With Profesor Mehmet Asutay’ anjuran Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM yang merupakan satu lagi siri perkongsian ilmiah YADIM dengan tokoh ilmuwan antarabangsa. Dalam program pada 21 Februari itu, Pengarah Pusat Durham untuk Ekonomi dan Kewangan Islam, United Kingdom berkenaan telah meluangkan masa lebih sejam mengupas tajuk ‘Transformasi Minda Institusi Islam’. […]

YDP YADIM memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud

YANG Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah mewakili badan dakwah ini memberi penghormatan terakhir kepada mantan Ketua Menteri dan Yang Dipertua Sarawak, Almarhum Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Datuk Hasanuddin bersama yang lain telah hadir ke Masjid Negara bagi tujuan tersebut pada 21 Februari. Bersama warga YADIM, beliau merakamkan ucapan takziah atas […]

Pertemuan wakil-wakil wanita NGO Islam bersama Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama)

PERANAN Dan pengaruh wanita dalam gerak kerja sesebuah badan bukan kerajaan (NGO) tidak boleh dinafikan. Mahu mengambil peluang daripada kelebihan dan kekuatan ini, Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM pada 21 Februari telah mengumpulkan wakil-wakil NGO wanita serta sayap wanita NGO Islam […]

Program Bicara Dakwah bertempat di surau IKBN Kemasik

LENSA Program Bicara Dakwah bertempat di surau Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik, Kemaman pada 20 Februari. Zamalah YADIM, Ustaz Jihadi Jazmi Abdul Hamid merupakan penceramah jemputan bagi program ini. Seramai 200 pelajar institut berkenaan telah hadir.

Kursus Pengurusan Jenazah di surau kuarters penjara Seberang Perai

YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Agama dan Latihan, Penjara Seberang Perai telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di surau kuarters penjara berkenaan pada 20 Februari. Seramai 50 orang peserta terdiri daripada kakitangan penjara berkenaan menyertai program ini. Kursus dijalankan dengan pendekatan teori dan praktikal oleh Ustaz Mohd Farid Abu Bakar, Panel Pengurusan Jenazah […]

Program Aspirasi Remaja Madani

SELARAS Dengan hasrat dakwah menerusi Pendidikan, YADIM Terengganu pada 20 Februari menganjurkan Program Aspirasi Remaja Madani. Bertempat di Dewan Al Khawarizmi, Kolej Vokasional Kemaman, program dengan anjuran bersama kolej berkenaan serta Pertubuhan IKRAM Kemaman ini dihadiri seramai 200 pelajar. Pengisian utama program merupakan ceramah yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Malaysia Terengganu, […]