Home » Citra Yadim » Pembentangan Kajian Kepuasan Bekerja Warga YADIM Tahun 2023

Pembentangan Kajian Kepuasan Bekerja Warga YADIM Tahun 2023

KAJIAN Kepuasan Bekerja Warga YADIM Tahun 2023 dibentangkan pada 23 Februari oleh barisan penyelidik dari Universiti Islam Selangor (UIS) yang diketuai oleh Pensyarah Jabatan Ekonomi dan Pengurusan UIS, Dr. Alawiyah Tengah.
Laporan setebal 41 muka surat itu menumpukan kepada sembilan perkara atau pemboleh ubah iaitu keadaan kerja, perjawatan, ganjaran, peluang kenaikan pangkat, hubungan dengan penyelia, hubungan dengan rakan sekerja, latihan kompetensi, faedah kebajikan dan kemudahan yang disediakan.
Laporan yang dikendalikan oleh Bahagian Perancangan Strategik YADIM ini melibatkan kaji selidik kakitangan YADIM di ibu pejabat dan pejabat negeri bagi mendapatkan maklum balas mereka terhadap aspek-aspek yang dikaji itu.
Selain daripada Dr Alawiyah pasukan penyelidik untuk kajian ini turut dianggotai oleh dua pensyarah dari UIS iaitu Dr Mariam Abdul Majid dan Dr Normazaini Saleh serta kakitangan YADIM sendiri iaitu Pengarah Kanan Sektor Perancangan Strategik dan Media, Puan Zalilah Bahari, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, En Yuswandi Majid Abdul Majid dan Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Cik Nathrah Mohammed Said.
Turut serta dalam pembentangan ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin dan pengarah-pengarah kanan YADIM.
Bagi memastikan hasil kajian dapat disampaikan kepada warga badan dakwah ini, wakil daripada Bahagian Sumber Manusia, Majlis Bersama Jabatan dan Kelab Ukhuwah Fillah YADIM (KUFY) turut dilibatkan dalam pembentangan ini.
Dalam ucapannya, Ustaz Zamri berkata, kajian ini adalah tepat pada masanya kerana pihak pengurusan YADIM sememangnya sedang mengambil beberapa inisiatif bagi membaiki pengurusan sumber manusia.
Katanya, dapatan daripada kajian ini adalah penting sebagai asas kepada pihak pengurusan untuk membuat penambahbaikan kepada aspek pengurusan sumber manusia serta tatakelola YADIM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *