Sukarelawan YADIM Banggol Donas menyantuni rakan yang menyambut Tahun Baharu Cina

LENSA Inisiatif Sukarelawan YADIM Banggol Donas menyantuni rakan-rakan yang menyambut Tahun Baharu Cina di Taman Sri Manir dan Taman Cikgu Yusof 2, Manir, Kuala Terengganu. Sepuluh keluarga yang memerlukan di kedua taman berkenaan menerima sumbangan limau dan hamper dalam program ini pada 16 Februari. Turut turun padang dalam program Ziarah Harmoni Sempena Tahun Baharu Cina […]

Program YADIM Bersamamu bersama penghuni Penjara Seberang Perai

KOMUNITI Penjara di Pulau Pinang tidak pernah dilupakan dalam usaha melestari gerakan dakwah. Justeru pada 15 Februari, YADIM Pulau Pinang telah mengadakan program YADIM Bersamamu bersama kira-kira 100 penghuni Penjara Seberang Perai. Pengisian bagi penghuni lelaki disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Zuhri Husain manakala bagi wanita pula oleh Pengarah Lembaga Penduduk Dan […]

Program Cuti Sekolah SAY Kuala Langat

CUTI Persekolahan yang kini berlangsung dimanfaatkan Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat dengan menganjurkan Program Cuti Sekolah dengan kerjasama Majlis Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sijangkang dan Universiti Poly-Tech Malaysia, Kuala Lumpur. Turut terlibat ialah Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang yang menyediakan lokasi program dan sebahagian peserta. Seramai 100 peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah […]

Program U-Need Sukarelawan YADIM (SAY) Johor Bahru

LENSA Program U-Need Sukarelawan YADIM (SAY) Johor Bahru pada 14 Februari di ibu pejabat YADIM Johor bersama kepimpinan badan dakwah ini. Pertemuan ringkas tapi cukup bermakna antara Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Encik Muhamad Faisal Abdul Aziz dan Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Encik Ahmad Saparudin Yusup […]

Program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani

PROGRAM Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani anjuran YADIM Pulau Pinang di Pulau Aman pada 10 dan 11 Februari lalu bermula di Masjid Ar Rahman di pulau berkenaan. Bersama Masjid As Salam, Permatang Tok Bedu yang membawa 70 peserta sekolah rendah dan menengah untuk kem Tahsin Solat, pelbagai aktiviti disusun bagi menyantuni komuniti yang terbabit di […]

Program Pemukiman TOT MADANI

SELARAS Dengan teras dan inisiatif mencapai hasrat Malaysia Madani, YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama ABIM, WADAH dan PKPIM telah menjalankan program Pemukiman TOT MADANI baru-baru ini. Program tersebut telah dijalankan selama tiga hari dua malam di Pusat Latihan Urus Zakat (PULAZA) Pulau Pinang pada 9 hingga 11 Februari lalu. Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan […]

Perancangan Program Pidato Cilik Madani 2024

DENGAN Kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), YADIM Kelantan merancang mengadakan Program Pidato Cilik Madani 2024. Program peringkat negeri Kelantan itu dirancang melibatkan penyertaan sebanyak 41 buah sekolah pesisir pantai daripada Pejabat Pendidian Daerah Kota Bharu, Backok, Tumpat dan Pasir Puteh terdiri daripada 28 sekolah rendah dan 13 sekolah menengah. Dengan […]

Makan malam di kediaman Kedutaan Besar Malaysia di Jordan

KEDUTAAN Besar Malaysia di Jordan telah mengundang delegasi YADIM ke majlis makan malam bersama TYT Mohamad Nasri bin Abdul Rahman, Duta Besar Malaysia ke Jordan. Majlis yang berlangsung di kediaman rasmi duta besar itu telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin bersama delegasi YADIM. Turut sama hadir ke majlis tersebut adalah […]

Program Seminar Kenegaraan Madani anjuran YADIM Johor

KOLEJ Yayasan Pelajaran Johor menjadi lokasi seterusnya program Seminar Kenegaraan Madani anjuran YADIM Johor. Program pada 14 Februari itu dihadiri seramai 200 pelajar kolej berkenaan. Antara pengisian program ialah ceramah berjudul ‘Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan yang disampaikan oleh Peguam Syarie, Muhammad Nur Hafiz Roslan. Ia kemudiannya diteruskan dengan Forum Madani dengan tajuk ‘Perpaduan Asas […]

Kunjungan hormat wakil Ahli Majlis Perbandaran Selayang

YADIM Telah menerima kunjungan hormat daripada dua orang wakil Ahli Majlis Perbandaran Selayang pada 13 Februari di ibu pejabatnya di Putrajaya. Pertemuan ini adalah bertujuan untuk membincangkan kerjasama dakwah khusus untuk komuniti di daerah tersebut. Pertemuan tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof. Ia memfokuskan kepada perancangan awal […]