Home » Citra Yadim » Program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani

Program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani

PROGRAM Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani anjuran YADIM Pulau Pinang di Pulau Aman pada 10 dan 11 Februari lalu bermula di Masjid Ar Rahman di pulau berkenaan.
Bersama Masjid As Salam, Permatang Tok Bedu yang membawa 70 peserta sekolah rendah dan menengah untuk kem Tahsin Solat, pelbagai aktiviti disusun bagi menyantuni komuniti yang terbabit di pulau berkenaan.
Dimulakan dengan Kem Tahsin Solat yang pimpin oleh Ustaz Farwah Ahmad Fahmi, sorang guru sekolah tahfiz sebelum diteruskan dengan Bual Bicara Madani yang disampaikan oleh pakar kaunseling, Puan Nor Bazilah Abu Bakar, manakala moderator ialah Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias.
YADIM Pulau Pinang turut mengadakan Qiamullail Perdana yang dipimpin oleh Ustaz Farwah Ahmad Fahmi sebelum diteruskan pula dengan pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan dan diakhiri dengan gotong-royong membersihkan kawasan masjid oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Seberang Perai Selatan dan penduduk kampung.
Turut hadir dalam program ini ialah Pengerusi Masjid As Salam, Mohamad Sulaiman, Pengerusi Masjid Ar Rahman Pulau Aman, Encik Ishak Man, Ketua Koordinator Sukarelawan YADIM Daerah Seberang Perai Utara, Encik Saiful Mad Isa.
Program ini merupakan inisiatif YADIM Pulau Pinang menyantuni penduduk Pulau Aman selepas mereka mengadakan kunjungan ke pulau itu sebelum ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *