Home » Citra Yadim » Program Cuti Sekolah SAY Kuala Langat

Program Cuti Sekolah SAY Kuala Langat

CUTI Persekolahan yang kini berlangsung dimanfaatkan Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat dengan menganjurkan Program Cuti Sekolah dengan kerjasama Majlis Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sijangkang dan Universiti Poly-Tech Malaysia, Kuala Lumpur.

Turut terlibat ialah Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang yang menyediakan lokasi program dan sebahagian peserta.
Seramai 100 peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah dari kalangan keluarga asnaf sekitar Kuala Langat menyertai program yang dianjurkan secara percuma ini.

Antara pengisian program pada 10 hingga 12 Februari ini ialah kelas Bahasa Inggeris, sukaneka, senaman, kuiz dan sesi motivasi.
Turut diadakan ialah ceramah Israk Mikraj disampaikan oleh Daie Muda YADIM Muqri serta Qiamulllail dan kuliah Subuh oleh Daie Muda YADIM Ahmad Amirul Anwar.

Hadir sama ketika program Pengerusi SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Haji Mahidin, Pengerusi MPKK Sijangkang, Haji Suhsimi Haji Mohd Kamil dan Pengerusi Rumah Anak-Anak Yatim Kampung Sijangkang, Haji Asrin Haji Ishak.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *