Home » Citra Yadim » Perancangan Program Pidato Cilik Madani 2024

Perancangan Program Pidato Cilik Madani 2024

DENGAN Kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), YADIM Kelantan merancang mengadakan Program Pidato Cilik Madani 2024.
Program peringkat negeri Kelantan itu dirancang melibatkan penyertaan sebanyak 41 buah sekolah pesisir pantai daripada Pejabat Pendidian Daerah Kota Bharu, Backok, Tumpat dan Pasir Puteh terdiri daripada 28 sekolah rendah dan 13 sekolah menengah.
Dengan tema ’Keyakinan Dan Ihsan Asas Dalam Membina Masyarakat Madani’, program dijangka berlangsung pada pertengahan Februari ini hingga akhir Mac.
Peringkat akhir dijadualkan dianjurkan di Sekolah Kebangsaan Beluru, Tumpat pada 23 April dan bakal dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Setia Dr Haji Naim Haji Mokhtar.
Hadir dalam mesyuarat yang membincangkan program ini di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kota Bharu pada 14 Februari ini ialah Pengarah IPGM Kota Bharu, Dr. Khairuddin Said, Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang dan Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran, JPN Negeri Kelantan, Encik Mohd Hassany Hashim serta ahli mesyuarat terdiri daripada pengetua, guru besar 41 buah sekolah Program Pendidikan Sekolah Pesisir Pantai (4P).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *