Home » Citra Yadim » Program Seminar Kenegaraan Madani anjuran YADIM Johor

Program Seminar Kenegaraan Madani anjuran YADIM Johor

KOLEJ Yayasan Pelajaran Johor menjadi lokasi seterusnya program Seminar Kenegaraan Madani anjuran YADIM Johor.
Program pada 14 Februari itu dihadiri seramai 200 pelajar kolej berkenaan.
Antara pengisian program ialah ceramah berjudul ‘Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan yang disampaikan oleh Peguam Syarie, Muhammad Nur Hafiz Roslan.
Ia kemudiannya diteruskan dengan Forum Madani dengan tajuk ‘Perpaduan Asas Pembinaan Negara Bangsa (Kenegaraan).
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Ustaz Dr. Basher Mohamed dan Encik Muhammad Faisal Abdul Aziz merupakan ahli panel untuk forum ini.
Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup pula telah mengisi slot Wacana Madani bertajuk ‘Peranan Masyarakat Dalam Penghayatan Teras Malaysia Madani’
Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.
Hadir sama ialah Puan Haslinda Abu Bakar, Ketua Esksekutif Kumpulan Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Encik Husaini Mokhlas , Pengurus Besar Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor dan Encik Muhamad Ammar Abdullah, Pengarah YADIM Johor.
Seminar Kenegaraan Madani sebelum ini telah dianjurkan dengan jayanya oleh YADIM Johor di Johor Bahru.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *