Unit Pemurnian Akidah

Fungsi Menangani isu-isu semasa akidah, akhlak, remaja, saudara baru. Melaksanakan program dan aktiviti berbentuk kebajikan dengan pendekatan dakwah bil hal di kalangan komuniti dan masyarakat umum. Menganjurkan kelas-kelas bimbingan, kaunseling, pemantapan akidah dan kefahaman Islam kepada pelajar, saudara baru, remaja bermasalah, dan terpesong akidah. Ziarah ukhuwah saudara baru dan non-muslim.

Unit Perbandingan Agama

Fungsi Menubuhkan panel/felo dakwah YADIM. Menyelaras forum, seminar, dialog perbandingan agama di peringkat nasional. Menganjurkan forum antarabangsa yang membariskan tokoh-tokoh pendakwah terkemuka dunia. Menyelaras dakwah laman sosial bagi menangani isu-isu semasa dan fahaman-fahaman sesat. Program I-talk (islamic talk) penerangan tentang Islam kepada masyarakat awam. Menyelaras program latihan pendakwah

Dakwah Outreach

Objektif Mewujudkan jaringan kerjasama dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam, dan agensi dakwah dalam dan luar negara. Menubuhkan jawatankuasa panel/felo dakwah YADIM. Menangani kecelaruan minda ummat Islam dengan program-program dan aktiviti pengukuhan akidah. Menyelaras program-program dan dialog perbandingan agama dan kefahaman Islam

Kepimpinan Muda (KEMUDA)

Objektif Melahirkan pemimpin-pemimpin muda masa depan yang berjiwa holistik dari segi jasmani dan intelektual serta beridealisme Islam yang dinamik, progresif dan berwawasan. Mencanai pemikiran Islam di kalangan generasi muda berasaskan berteraskan ilmu. Sekretariat KEMUDA Menyelaras seluruh gerakkerja perlaksanaan Pelan KEMUDA Koordinasi semua agensi yang terlibat dalam menjayakan KEMUDA Menganjurkan program-program latihan berkala kepada peserta KEMUDA […]

Cawangan Kelantan

Yadim Cawangan Kelantan telah ditubuhkan pada bulan Januari tahun 2005. Unit Operasi YADIM Cawangan Kelantan bertanggungjawab secara langsung bagi menyelaras dan mengendalikan aktiviti-aktiviti dakwah di peringkat cawangan. Unit ini jua berperanan secara langsung dalam penyebaran dakwah menerusi progaram-program yang telah disusun mengikut kesesuaian peserta serta bertepatan dengan modul yang telah ditetapkan. Cawangan ini juga telah […]

Zon Sabah

YADIM Zon Sabah secara amnya telah bertapak di Sabah sejak tahun 2000. Kewujudan YADIM di Sabah adalah atas inisiatif dan kesungguhan Yang Berbahagia Datuk Haji Nakhaie Haji Ahmad, mantan Yang Dipertua YADIM untuk menggerakkan dan melaksanakan serta menguatkan lagi syiar Islam di negeri ini. Objektif Berusaha meningkatkan kuantiti dan kualiti umat Islam di Sabah dan […]

Zon Sarawak

YADIM Zon Sarawak telah memulakan operasinya pada 1 November 2006. YADIM Zon Sarawak berusaha sedaya mampu untuk melaksanakan perencanaan dakwah Islamiah dengan kekuatan yang ada. Dibantu oleh badan-badan bukan kerajaan Islam di Sarawak yang menganggotai MAIM Sarawak. Melalui kerjasama penganjuran dan penyertaan yang menggalakkan daripada pihak mereka, dakwah Islamiah dilihat mampu berkembang dengan lebih luas […]

Zon Timur

Pejabat YADIM Zon Timur yang beroperasi di Kuala Terengganu merasakan ruang lingkup serta tugasan dakwahnya semakin mencabar. Cabaran ini adalah kerana pertambahan kumpulan sasar berserta dengan peningkatan anasir negatif serta kecelaruan masyarakat dalam memahami Islam sebenar yang banyak dipengaruhi oleh ideologi dan pemikiran masa kini di samping budaya songsang serta fahaman liberalisme dalam beragama yang […]

Zon Selatan

Pejabat YADIM Zon Selatan telah mula beroperasi pada 26 September 2006. Pembukaan pejabat peringkat zon ini juga adalah untuk memperluaskan lagi ruang dakwah YADIM hingga ke peringkat akar umbi serta dapat mensasarkan dakwah ke segenap lapisan masyarakat. Objektif Mendekatkan YADIM dengan masyarakat agar aktiviti dan program YADIM sampai ke peringkat bawahan. Mendekatkan masyarakat peringkat zon […]

Zon Utara

Pejabat YADIM Zon Utara mula beroperasi pada pertengahan tahun 2004. Pembukaan pejabat ini adalah bertujuan meluaskan lagi ruang dakwah YADIM hingga ke peringkat segenap lapisan masyarakat tidak mengira tahap pendidikan dan kehidupan bermasyarakat. Ia juga dapat mewujudkan rangkaian dakwah yang lebih berkesan di kawasan utara di samping membantu agensi-agensi agama dan NGO Islam dalam menyampaikan […]