Home » Operasi » Zon Utara

Zon Utara

Pejabat YADIM Zon Utara mula beroperasi pada pertengahan tahun 2004. Pembukaan pejabat ini adalah bertujuan meluaskan lagi ruang dakwah YADIM hingga ke peringkat segenap lapisan masyarakat tidak mengira tahap pendidikan dan kehidupan bermasyarakat. Ia juga dapat mewujudkan rangkaian dakwah yang lebih berkesan di kawasan utara di samping membantu agensi-agensi agama dan NGO Islam dalam menyampaikan mesej dakwah sejajar kedudukan Islam sebagai agama rasmi perlembagaan negara.

Objektif

  • Berusaha membangunkan minda ummah di Zon Utara supaya terbentuk minda quranik yang berdaya tahan menghadapi cabaran dan menerima Islam sebagai cara hidup.

  • Menarik lebih ramai generasi muda di Zon Utara terlibat dalam kegiatan dakwah melalui pendekatan pemasyarakatan YADIM.

  • Berusaha menangani permasalahan remaja dan membendung gejala sosial di kalangan remaja serta golongan muda.

  • Bekerjasama dan menjalin perkongsian pintar dengan NGO Islam bagi mengembangkan misi dakwah.

  • Mendekati masyarakat dengan program-program yang memberi kesedaran dan perkembangan minda bagi memenuhi matlamat Islam Hadhari dan 1Malaysia.

  • Meningkatkan kesedaran serta melahirkan modal insan yang berkualiti khususnya untuk penjawat awam dan swasta di peringkat Zon Utara.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *