Stoking kalimah Allah: Anwar mahu tindakan segera ikut undang-undang

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan segera diambil berlandaskan undang-undang berhubung isu jualan stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka. Perdana Menteri berkata, tindakan perlu diambil supaya tidak ada penghinaan terhadap agama, khususnya Islam. “Pandangan saya jelas. Ada laporan, ada keterlanjuran, mesti ada tindakan segera. Kemudian keputusan ikut jalur hukum dan […]

Gagasan Madani platform Malaysia jadi negara membangun sejahtera

KUALA LUMPUR: Gagasan Malaysia MADANI yang diperkenal oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu platform ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa membangun, sejahtera, berdaya saing serta harmoni dalam kehidupan berbilang kaum dan agama. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesor Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, berkata MADANI […]

Masyarakat MADANI mampu capai kemajuan tanpa perbezaan warna kulit, kaum – JAKIM

KUALA LUMPUR: Masyarakat MADANI mampu mencapai kemajuan yang seimbang tanpa perlu membelakangkan mereka yang berlainan warna kulit, kaum, bahasa atau jantina, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). JAKIM berpandangan rakyat wajib saling mengenali ke arah memperkukuh masyarakat MADANI yang membangun daripada segi kecerdasan dan hati, sains, teknologi dan telekomunikasi. “Li ta’arafu (saling mengenali), bahawa kesemua […]

Kitab lama khazanah keilmuan Islam perlu jadi sumber rujukan

JITRA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan supaya kitab lama yang menjadi khazanah keilmuan Islam dijadikan sumber rujukan dalam kehidupan terutama berkaitan adab dan perbezaan pendapat dalam Islam. Perdana Menteri menegaskan, pemahaman mendalam tentang keilmuan Islam diyakini dapat menyelamatkan kekeliruan dan akidah umat Islam terutama dalam kalangan generasi baharu. “Orang sekarang dia tidak rujuk kitab-kitab lama, […]

JAKIM sedia perluas fungsi, rentas bidang lebih luas

KUALA LUMPUR: Cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memperluas peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah pengiktirafan bagi fungsi dan peranan semasa jabatan itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata komitmen itu membuktikan Kerajaan Perpaduan dipimpin Anwar memberikan medan lebih luas kepada jabatan berkenaan berperanan dalam […]

Isu kalimah Allah: Anwar ingatan jangan putar belit fakta, tipu rakyat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak memutar belit fakta mengenai hal penggunaan kalimah Allah dan menggunakannya untuk menipu rakyat. Ketika menjelaskan dakwaan setengah pihak yang beliau telah mengelirukan Dewan Rakyat berhubung perkara tersebut, Anwar bertegas beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bercanggah. “Saya menghadap Sultan Selangor atas titah Tuanku. […]

Ramadan medan insafi diri, imarahkan masjid – Sultan Selangor

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan umat Islam menjadikan Ramadan sebagai medan untuk menginsafi dan bermuhasabah diri. Baginda turut menasihati umat Islam untuk menjauhi perbuatan tercela seperti mengadu domba dan menyebar fitnah. “Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasullullah SAW bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan […]

MATTA mohon tambahan kuota syarikat urus jemaah haji

GEORGETOWN: Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) masih berbincang bersama beberapa kementerian berhubung Akta Tabung Haji 1995 yang antara lain bagi membuka lebih kuota kepada agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam pengurusan jemaah haji. Setakat ini, Lembaga Tabung Haji (TH) hanya memberi kepercayaan kepada 22 syarikat pelancongan menjadi Pengelola Jemaah […]