Home » Langit Terbuka » Kitab lama khazanah keilmuan Islam perlu jadi sumber rujukan

Kitab lama khazanah keilmuan Islam perlu jadi sumber rujukan

JITRA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan supaya kitab lama yang menjadi khazanah keilmuan Islam dijadikan sumber rujukan dalam kehidupan terutama berkaitan adab dan perbezaan pendapat dalam Islam.

Perdana Menteri menegaskan, pemahaman mendalam tentang keilmuan Islam diyakini dapat menyelamatkan kekeliruan dan akidah umat Islam terutama dalam kalangan generasi baharu.

“Orang sekarang dia tidak rujuk kitab-kitab lama, itu masalahnya. Bila kita tidak rujuk, jika tak amal maknanya kita memadamkan khazanah ilmu yang disebut ini.

“Khazanah ilmu yang lama, kitab yang lama ini kita harus baca, tulis dan laksanakan. Tetapi dengan syarat saya kata mesti faham, mesti rujuk betul-betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Masyarakat Daerah Kubang Pasu di tapak pembinaan Masjid Changlun di sini, pada 8 Julai.

Anwar dalam pada itu berkata kerajaan menghargai usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang kini mengusahakan penerbitan semula kitab-kitab lama itu. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *