Home » Langit Terbuka » CCTV rakam pelajar ambil telefon guru

CCTV rakam pelajar ambil telefon guru

(GAMBAR FAIL) Kelihatan anggota polis meninggalkan perkarangan sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Nibong Tebal, Pulau Pinang tempat mendiang M Vasanthapiriya bersekolah. - Foto Berita Harian

NIBONG TEBAL 11 Feb. – Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah yang diperoleh polis menunjukkan pelajar tingkatan dua yang membunuh diri tempoh hari, mencuri telefon bimbit gurunya.

Namun sumber polis yang mengesahkan maklumat itu enggan mengulas lanjut kerana dikhuatiri boleh mengganggu siasatan. Sebaliknya, dia meminta semua pihak menunggu proses inkues yang akan dijalankan.

Difahamkan, guru berkenaan sebelum ini sudah mengetahui perkara itu selepas melihat rakaman CCTV sekolah dan bertanyakan kepada pelajar berkenaan yang enggan mengakuinya.

Polis juga sebelum ini sudah menyiapkan tiga kertas siasatan berhubung kes itu dan menyerahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Bagaimanapun, kertas siasatan terbabit dipulangkan kepada polis untuk ditambah keterangan beberapa saksi.

Pelajar perempuan sekolah menengah dekat Nibong Tebal itu kemudian dipanggil empat guru yang bertanyakan perbuatannya mengambil iPhone milik seorang daripada guru berkenaan.

Pelajar terbabit tidak mengaku tuduhan itu dan bertindak menggantung diri ketika berada di rumahnya pada 24 Januari lalu, sebelum meninggal dunia ketika dirawat di hospital pada 1 Februari. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *