Home » Citra Yadim » CDERT YADIM Pulau Pinang siap siaga!

CDERT YADIM Pulau Pinang siap siaga!

GEORGETOWN – Menjadi anggota Sukarelawan YADIM membuka peluang anda menimba pelbagai pengalaman dan kemahiran baharu.

Ini kerana YADIM sentiasa berhasrat menjadikan aanggota SAY sebagai individu serba boleh dan menjadi rujukan serta contoh masyarakat.

YADIM Pulau Pinang umpamanya baru baru ini dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam mengadakan Kursus Civil Defence Emervency Respons Team (CDERT) kepada 46 anggota SAY negeri itu.

Antara pengisian kursus ialah asas kepada kawad kaki, pertolongan cemas, rawatan cpr dan kejutan, menyelamat kecemasan, ikatan simpulan dan melawan kebakaran.

Para peserta nyata teruja dengan modul kursus ini dan berharap diadakan lagi sesi lanjutan bagi program susulan CDERT YADIM Pulau Pinang.

Kursus ini melabuhkan tirai pada 18 September dan disempurnakan penutupannya oleh Yang Setia Mejar (PA) Kamal Jakarinah mewakili Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Pulau Pinang Daerah Seberang Perai Utara.

Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Afifi Ruslan dalam ucapannya berkata, kursus CDERT ini sebagai memberikan nilai tambah kepada anggota SAY di samping menambah kesiap siagaan anggota dengan ilmu kecemasan dan pengurusan bencana.

Mejar (PA) Kamal Jakarinah, menyatakan penghargaan kepada YADIM atas inisiatif ini dan berharap lebih banyak kerjasama dapat dijalinkan dengan pihaknya.

Sebelum ini, YADIM Sarawak juga telah mengadakan kursus CDERT kepada SAY di negeri itu.


Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *