Home » Citra Yadim » Fiqh Wanita – Santai Tapi Sampai (Ladies Night)

Fiqh Wanita – Santai Tapi Sampai (Ladies Night)

MELAKA – Menjadi sehebat Saidatina Khadijah dan Saidatina Aisyah sudah pasti menjadi dambaan para wanita solehah.

Berkongsi ilmu bagi tujuan itu, YADIM Melaka pada 17 September menganjurkan YADIM Interaktif : Ceramah Permasalahan Fiqh Wanita di Kolej Profesional Mara Bandar Melaka (KPMBM).

Sambutan diterima program anjuran bersama Sukarelawan YADIM (SAY), UHUD, Muafakat KPMBM, Buruj Watch, Matan Publication dan El Jannah Shop ini cukup luar biasa.

Seramai 408 pelajar wanita KPMBM memenuhi lokasi program yang menampilkan Daie Muda YADIM Ayuni sebagai antara yang memberi pengisian.

Hadirin juga dihiburkan dengan persembahan nasyid daripada Kumpulan D’ Khalifa dan Kumpulan Nasyid Zahratul Iman dari Sekolah Menengah Agama As Saiyidah Khadijah, Merlimau yang juga Johan Pertandingan NAZAM Peringkat Negeri Melaka.

Turut hadir adalah Yang Dipertua Muafakat KPMBM, Tuan Haji Khairul Hamiza Dato’ Ibrahim, dan Penyelaras YADIM Melaka, Mohd Nor Zahidi Mohd Ghazaly.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *