Home » Citra Yadim » Ceramah Awal Muharam dan Pertandingan Tilawah Al-Quran.

Ceramah Awal Muharam dan Pertandingan Tilawah Al-Quran.

SEMPENA sambutan awal Muharam, Rakan Belia YADIM Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, Pahang telah menganjurkan program Ceramah Awal Muharam dan Pertandingan Tilawah Al-Quran.

Seramai 190 pelajar hadir dalam program ceramah dan 11 orang pula menyertai acara tilawah pada 29 Julai.

Ceramah telah disampaikan oleh Daie Muda YADIM, Ustaz Muhammad Fakhrul Hakimin Mokhtar.

Beliau turut bertindak selaku juri untuk pertandingan tilawah bersama Penolong Pengarah Unit Belia Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Nurul Ashikin Zakaria.

Dalam perkembangan yang sama, turut diadakan ialah Ekspresi Bakat Tilawah Al-Quran di IKBN Seri Iskandar, Perak pada 26 Julai.

Penolong Pengarah KEMUDA, Ustaz Saifullah Baiduri merupakan juri bagi program di Johor.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *