Home » Citra Yadim » Forum Islam dan Masyarakat Malaysia

Forum Islam dan Masyarakat Malaysia

KUALA LUMPUR – Jalur dakwah YADIM tidak pernah disempitkan dengan bangsa mahupun latar belakang.

Terbaharu, YADIM telah dijemput bersama dalam Forum Islam dan Masyarakat Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan pada 30 Julai.

Program cukup menarik ini memghimpunkan peserta berbangsa Tionghua yang telah memeluk Islam dan yang bukan beragama Islam.

Lebih menarik lagi, badan bukan kerajaan bukan Islam juga bekerjasama menjayakan program ini yang juga menampilkan panel bukan Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh telah hadir merasmikan program ini.

Dalam ucapannya, beliau menyentuh mengenai nilai nilai kebersamaan dalam masyarakat dan dakwah yang diterapkan YADIM.

YADIM juga ujarnya terbuka dan berbesar hati untuk terlibat dalam program silang budaya seperti ini pada masa akan datang.

Para peserta program juga menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan YADIM selain turut mencadangkan beberapa bentuk program yang boleh melibatkan mereka.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *