Home » Citra Yadim » Ceramah Badar Kubro dan Iftor Jamaie di UniSHAMS

Ceramah Badar Kubro dan Iftor Jamaie di UniSHAMS

KUALA KETIL – YADIM Kedah terus menghidupkan Bulan Ramadan yang mulia dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat di seluruh negeri ini.

Terbaharu pada 21 April bersamaan 19 Ramadan telah diadakan Ceramah Badar Al Kubro di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) di sini.

Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah hadir menyampaikan ceramah khusus berkaitan peristiwa peperangan Badar Al Kubro dalam majlis yang diadakan di dalam Surau Al Insaniah UniSHAMS.

Program ini adalah anjuran bersama YADIM, Majlis Perwakilan Mahasiswa MPM UniSHAMS, Rakan Siswa YADIM dan beberapa rakan strategik lain yang turut menyumbang makanan untuk berbuka.

Hampir 200 peserta telah hadir dalam program ini.

Turut hadir Ustaz Zubir Abd Rahman, Pengarah Pusat Pelajar Antarabangsa dan Ustaz Shahrizan Mutalib, Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UniSHAMS.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *