Home » Langit Terbuka » Kekang Islamofobia, tingkat usaha promosi Perbincangan Sivil di Malaysia

Kekang Islamofobia, tingkat usaha promosi Perbincangan Sivil di Malaysia

Rakyat Malaysia yang berbilang agama perlu mencari persefahaman mengenai isu kaum dan agama termasuk Islamofobia-Foto Arkib
KUALA LUMPUR – Malaysia perlu meningkatkan usaha mempromosi Perbincangan Sivil atau ‘civil discourse’ bagi mencari persefahaman mengenai isu kaum dan agama termasuk Islamofobia.
Penolong Profesor Istac-IIUM, Dr Ahmad El-Muhammady berkata, ia boleh dilaksanakan dengan mewujudkan projek rintis di peringkat sekolah.
Ketika ini katanya, Perbincangan Sivil masih tidak popular di negara ini. Namun, pendekatan itu mampu mewujudkan keharmonian masyarakat melalui titik persefahaman yang dicapai hasil perbincangan tanpa emosi itu.
“‘Open discussion’ iaitu Perbincangan Sivil ini maknanya perbincangan di mana kita boleh bincang dengan agama, bangsa lain dengan suasana yang tidak ada emosi.
“Dalam suasana yang hormat-menghormati tujuannya untuk mencari common understanding. Perbincangan Sivil masih tidak popular di Malaysia dan saya fikir ramai takut nak dibawa ke peringkat sekolah sebab ini boleh bawa ketegangan kaum.
“Saya fikir ia tak berasas dan boleh diekspolitasi ahli politik yang ada agenda. Ini cabaran kita hadapi di peringkat negara kita,” ujarnya.
Selain itu, di Malaysia, katanya budaya dan makanan boleh menyatukan keharmonian antara kaum dan agama.
“Cara lain, kita boleh leveragekan isu bukan politik contoh budaya, makanan sebab makan semua orang makan,” tambah beliau lagi.
Malah negara perlu bijak mengurus perbezaan antara kaum dan menjadikannya sebagai sumber kekuatan Malaysia.
Ia berikutan setiap negara mempunyai pendekatan berbeza-beza, dan Malaysia tidak boleh meniru budaya negara seperti Amerika yang pastinya berlainan.
“Kita tidak boleh ikut cara Amerika. Amerika memang menjadi ‘melting pot culture’.
Kaedah itu tidak sesuai di Malaysia kerana hubungan kita dengan budaya ini sangat kuat,” katanya. – Astro Awani

Artikel Berkaitan

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM

KOMITED Untuk telus dalam setiap urusan melestari gerakan dakwahnya, YADIM merangka beberapa program dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 30

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *