Home » Citra Yadim » Ceramah Motivasi Pelajar Baharu IKTBN Temerloh

Ceramah Motivasi Pelajar Baharu IKTBN Temerloh

PROGRAM Ceramah Motivasi Pelajar Baharu, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah berlangsung pada 6 Ogos bertempat di dewan institut berkenaan.
Seramai 200 orang pelajar baharu telah menyertai program ini yang bertujuan untuk memupuk semangat positif dan menyediakan minda pelajar menghadapi cabaran alam pengajian di institut ini.
Ceramah telah disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ustaz Badrul Faiz Zulkifli yang telah berkongsi pengalaman serta memberi motivasi berkaitan pembentukan sahsiah, kepentingan disiplin, peranan pelajar sebagai generasi masa hadapan dan pentingnya menjaga akhlak serta adab dalam menuntut ilmu.
Turut hadir ialah Pembantu Tadbir Hal Ehwal Islam, IKTBN Temerloh, Ustazah Norfarizan Osman.
Program ini merupakan hasil inisiatif bersama antara pihak IKTBN Temerloh dan Unit Belia, Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, dengan sokongan penuh daripada YADIM Negeri Pahang. Sambutan peserta sangat menggalakkan dan sesi ceramah mendapat maklum balas positif daripada pelajar serta pihak penganjur.
Penganjuran ceramah ini diharapkan dapat menjadi platform permulaan yang baik kepada pelajar baharu dalam menempuh kehidupan di IKTBN Temerloh. Pihak institut merakamkan ucapan terima kasih kepada YADIM Negeri Pahang atas kesudian bekerjasama dalam menjayakan program ini.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *