Home » Citra Yadim » Ceramah Perdana Surau Al Makmur

Ceramah Perdana Surau Al Makmur

KUALA LUMPUR – Bahagian Pembangunan Ummah (BPU) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 14 Oktober lalu telah mengadakan program Ceramah Perdana bersempena dengan sambutan Maal Hijrah.

Program yang dilaksanakan di Surau Al Makmur, Jalan Kuchai di sini turut menampilkan Pencetus Ummah Izzat Fathi Hisham sebagai penceramah utama. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan apabila kira kira 100 orang tetamu menghadirinya.

Pengisian utama program adalah sesi ceramah oleh Izzat Fathi yang bertajuk ‘Sifat Kasih Sayang’.

Ia mengisahkan tentang elemen kasih sayang serta pengorbanan dalam kisah hijrah, terutamanya yang melibatkan para sahabat nabi .

Hadir sama dalam program ialah Pengarah BPU YADIM, Puan Normawati Muhammad serta Ustaz Kamarudin Mustafa selaku penyelaras program.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *