Home » Citra Yadim » Induksi Sahabat YADIM UiTM

Induksi Sahabat YADIM UiTM

SHAH ALAM – Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SY) Universiti Teknologi MARA (UiTM) baru baru ini telah menyertai satu program induksi yang bertujuan melatih dan mendedahkan ahli ahlinya dengan keperluan ciri ciri kepimpinan.

Seramai 29 orang SY telah menyertai Program Induksi Pimpinan Sahabat YADIM UiTM 1.0 pada 14 Oktober 2018 yang diadakan di Dewan Muktamar 2, Masjid Tengku Mizan, UiTM Shah Alam.

Menerusi program ini, para peserta didedahkan dengan aspek pengurusan organisasi, kepimpinan, bidang tugas jawatankuasa serta kpentingan perancangan aktiviti bagi semester akademik semasa serta akan datang.

Dalam pada itu, hadir sama pada program berkenaan adalah Mantan Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Tuan Zamani Mohd Karulani serta beberapa orang barisan kepimpinan terdahulu SY. Ustazah Siti Zulaiha Baseri sebagai merupakan penyelaras program ini.

Kerjasama yang baik antara kepimpinan semasa SY dan yang terdahulu, menunjukkan sikap matang dan professional SY, sesuai dengan status mereka sebagai produk YADIM, sekaligus pada masa yang sama menjadi duta kepada badan dakwah ini di institusi pengajian tinggi.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *