Home » Citra Yadim » Ceramah sempena Nuzul Al-Quran: ’Al-Quran Penyelamat Umat Akhir Zaman’

Ceramah sempena Nuzul Al-Quran: ’Al-Quran Penyelamat Umat Akhir Zaman’

SAMBUTAN Nuzul Al-Quran sudah mula terasa bahangnya kerana beberapa hari sahaja lagi, umat Islam akan meraikannya.
Penurunan Al-Quran yang merupakan kitab hidayah, telah mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya.
Bersempena dengan perhimpunan bulanan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan pada 26 Mac, mereka telah mengadakan ceramah sempena Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi Muda.
Ceramah bertajuk ’Al-Quran Penyelamat Umat Akhir Zaman’ telah dihadiri seramai 380 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelatih institut berkenaan.
Beliau antaranya menyentuh tentang penyakit akhir zaman dan bagaimana Al-Quran menyelesaikan dan mengubatinya.
Turut serta dalam program ini ialah Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Pekan, Encik Muhammad Hamdan Abdullah Hazam, serta pegawai YADIM Pahang, Ustazah Aisyah Ishak dan Ustaz Shahrul Aizat Badarzaman.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *