Home » Citra Yadim » Majlis Iftar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Media 2024

Majlis Iftar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Media 2024

LENSA Sekitar Majlis Iftar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Media 2024 di Putrajaya pada 26 Mac.
Bertujuan meraikan petugas-petugas media yang tidak jemu mengadakan liputan dan menyebar luas maklumat inisiatif Malaysia Madani agensi-agensi Hal Ehwal Agama, ia dihadiri seramai 150 tetamu serta kakitangan Unit Komunkasi Korporat agensi berkaitan.
Majlis turut meraikan seramai 50 anak-anak Yatim dari Rumah Anak Yatim Warga Prihatin, Kajang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr Zulkifli Hasan yang menyempurnakan majlis berkata, peranan media dalam melaporkan berita amat penting bagi menyalurkan maklumat.
Media juga ujar beliau merupakan pendakwah yang dapat mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah keburukan, yang pada masa yang sama juga merupakan jariah kepada media.
Beliau menyeru agar petugas yang hadir teruskan melaporkan berita yang memberi pencerahan tentang Islam.
Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin hadir sama meraikan para petugas media pada majlis ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *