Home » Citra Yadim » CIMB sumbang RM150,000 bantu usaha Musaádah Covid-19 YADIM

CIMB sumbang RM150,000 bantu usaha Musaádah Covid-19 YADIM

PUTRAJAYA – Yakin dengan kemampuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam usahanya menyantuni golongan yang terkesan dengan musibah Covid-19, CIMB Islamic Bank pada 21 Mei telah menyumbangkan sebanyak RM150,000 kepada badan dakwah ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank, Ahmad Shahriman Mohd Shariff kepada Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, sambil disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam satu majlis ringkas di sini.

Dr Zulkifli dalam ucapannya berkata, sumbangan seperti inilah yang memungkinkan usaha menyantuni masyarakat yang terjejas dengan Covid-19 sampai kepada sasaran.

“Dengan apa yang dimiliki YADIM, iaitu akses dan kemudahan untuk sampaikan bantuan, ditambah pula dengan sumbangan CIMB, maka ia dapat memudahkan usaha seperti ini (menyantuni golongan yang terkesan),” kata beliau dalam ucapannya.

Nik Omar pula dalam ucapannya berkata, sumbangan itu akan dimanfaatkan untuk disampaikan kepada pelbagai golongan di seluruh negara yang terkesan dengan Covid-19, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Manakala terdahulu, Ahmad Shariman dalam ucapannya pula berkata, pihaknya memilih untuk menyumbangkan dana berkenaan kepada YADIM, adalah bagi tujuan penyaluran di luar Lembah Klang.

“CIMB memang mempunyai program bantuannya sendiri, namun untuk kami sampaikan sumbangan kepada luar Lembah Klang adalah sukar, justeru kami berbesar hati memilih YADIM bagi tujuan ini,”katanya.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, CIMB turut menyumbangkan RM300,000 kepada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan bagi tujuan yang sama.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *