Home » Citra Yadim » YADIM Terengganu santuni asnaf perkampungan nelayan di Seberang Takir

YADIM Terengganu santuni asnaf perkampungan nelayan di Seberang Takir

KUALA NERUS – “Ada yang seminggu turun ke laut, tetapi hasil pendapatan tidak seberapa, tak lepas pun untuk bayar minyak bot.

“Tangkapan juga kurang, sedangkan sekarang sudah masuk musim mencandat sotong,” demikian antara keluhan nelayan yang ditemui dalam Program YADIM Peduli: Musaádah Covid-19 YADIM Terengganu pada 21 Mei.

Sebanyak 10 buah keluarga di perkampungan nelayan di Seberang Takir, di sini disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dalam program itu.

Menerusi program itu, kesemua mereka menerima barangan keperluan harian untuk meringankan beban setelah tidak dapat bekerja akibat penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Majoriti penerima mengucapkan rasa syukur atas sumbangan yang diberikan.

Program ini diadakan dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Baru, Seberang Takir.

Inisiatif seumpama ini sebelum ini telah dilaksanakan YADIM Terengganu di Hulu Besut, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Setiu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *