Home » Citra Yadim » Citra Ibadah RBY IKTBN Alor Gajah dan Kuala Langat

Citra Ibadah RBY IKTBN Alor Gajah dan Kuala Langat

ALOR GAJAH – Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM pada 15 hingga 17 Julai lalu mengadakan program Citra Ibadah Rakan Belia YADIM (RBY) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah di sini dan Kuala Langat.

Memfokuskan kepada pengukuhan ilmu solat kepada peserta, program serentak ini melibatkan seramai 116 pelajar semester 1 dan 2 di Alor Gajah dan 70 di Kuala Langat.

Pengarah Bahagian KEMUDA YADIM, Syahrizal Mat hadir ke perasmian di Alor Gajah selain Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN Alor Gajah, Saiful Maarof Masrom.

Di IKTBN Kuala Langat pula, hadir mewakili YADIM ialah Penolong Pengarah Bahagian KEMUDA, Mohammad Faiz Safwan Abdul Kadir manakala IKTBN diwakili Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Hus Zaidi Shamsu Ariffin.

Pengisian di kedua dua IKTBN disampaikan oleh Daie Muda YADIM dan penceramah penceramah terkemuka manakala Rakan Siswa YADIM pula bertindak selaku fasilitator.

Program Citra Ibadah merupakan kerjasama Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dan YADIM yang diadakan di IKTBN seluruh negara sebanyak dua kali setahun.

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *