Home » Langit Terbuka » Clattenburg henti perlawanan hormati azan

Clattenburg henti perlawanan hormati azan

Clattenburg kini mengadili perlawanan di Arab Saudi.

PENGADIL Mark Clattenburg menerima pujian selepas menghentikan perlawanan antara Al Feiha dan Al Fateh pada saingan Piala Raja Arab Saudi untuk memberi peluang kepada pemain menunaikan solat.

Dia menghentikan perlawanan waktu tambahan ketika kedudukan terikat 1-1 selepas 90 minit perlawanan di Stadium Raja Salman Abdulaziz.

Perlawanan dihentikan selama lima minit.

Clattenburg, bekas pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL) meniupkan wisel sewaktu azan berkumandang di sebuah masjid berhampiran stadium itu.

Rakaman menunjukkan dua pasukan sedang beraksi sebelum Clattenburg serta merta menghentikan permainan.

Sesetengah pemain dilihat meninggalkan padang dan ada mengambil kesempatan mendapatkan semula kecergasan.

Tindakan pengadil itu menerima banyak pujian di media sosial dengan sesetengahnya menyifatkan tindakan Clattenburg itu sebagai tanda ‘hormat’ dan ‘menarik’.

Perlawanan itu dimenangi oleh Al Feiha dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Sami Al Khaibari minit ke-118.

Clattenburg kini menjadi Ketua Pengadil bolasepak di Arab Saudi sejak Februari 2017.

Pengadil Inggeris berusia 42 tahun itu sebelum ini mengendalikan final Euro 2016 antara Portugal dan Perancis.

Dia juga mengadili perlawanan Liga Juara Juara (UCL) dan final Piala FA. – HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *