Home » Langit Terbuka » Umrah tipu: Enam laporan di Kedah

Umrah tipu: Enam laporan di Kedah

ALOR SETAR 26 Jan. – Polis merekodkan sebanyak enam laporan dibuat bakal jemaah umrah yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Chan Teck Paing, berkata laporan itu dibuat mangsa di KLIA dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan.

“Siasatan awal, anggaran kerugian dialami mangsa sebanyak RM7,000 setiap seorang dan buat masa ini, kita baru menerima enam laporan yang dibuat mangsa.

“Kita akan menyiasat terlebih dahulu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Setakat ini belum ada tangkapan dibuat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

BH kelmarin melaporkan Seramai 15 bakal jemaah umrah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dipercayai ditipu oleh sebuah agensi umrah.

Kesemua mereka tiba dari Perak, Kedah dan Pulau Pinang selepas dimaklumkan akan berlepas ke tanah suci pada jam 7 malam menaiki pesawat Emirates Airlines.

Bagaimanapun, mereka tersedar sudah ditipu selepas mendapati nama mereka tiada dalam senarai penumpang penerbangan, ketiadaan mutawif dan wakil agensi tidak menjawab panggilan telefon. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *