Home » Langit Terbuka » COVID-19 : Dapatkan fakta daripada sumber sahih

COVID-19 : Dapatkan fakta daripada sumber sahih

Sangat penting untuk mendapatkan maklumat sahih daripada Kementerian Kesihatan berhubung status terkini COVID-19 bagi mengelakkan penyebaran maklumat tidak tepat. - Foto KKM

KUALA LUMPUR – Penting bagi semua pihak mendapatkan kebenaran dan fakta daripada sumber yang sahih berhubung penularan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Setiap orang mesti bertanggungjawab apabila berkongsi maklumat dan lebih baik bagi kita untuk tidak berkongsi jika sumber dan kesahihannya diragui,” katanya dalam satu kenyataan pada 12 Februari.

Dr Noor Hisham berkata, maklumat terkini mengenai situasi COVID-19, nama rasmi bagi novel koronavirus 2019, di Malaysia boleh didapati di saluran media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Berdasarkan penilaian terkini KKM, keadaan jangkitan COVID-19 adalah terkawal dan dalam fasa pembendungan awal. KKM akan terus mengukuhkan kesiapsiagaan bagi kemungkinan fasa seterusnya iaitu pembendungan akhir dan seterusnya, fasa mitigasi,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Malaysia terus menerima komitmen kukuh dari pelbagai pihak berkepentingan, baik dari sektor awam dan swasta, serta masyarakat sivil termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha pencegahan dan kawalan jangkitan virus. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *