Home » Citra Yadim » Konvensyen Wanita Rahmah Negeri Sabah Sabtu ini

Konvensyen Wanita Rahmah Negeri Sabah Sabtu ini

TAWAU – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bakal menganjurkan Konvensyen Wanita Rahmah Peringkat Negeri Sabah bertempat di Dewan Masyarakat Tawau di sini pada 15 Februari ini (Sabtu).

Program ini yang merupakan anjuran bersama Majlis Perbandaran Tawau dan Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS), bakal disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Yang Berhormat Fuziah Salleh.

Antara pengisian program ialah Forum Khas bertajuk ‘Agenda Rahmah Untuk Wanita Dan Keluarga: Solusi Kesihatan Dan Kemakmuran Untuk Ummah’. Doktor Pakar Runding Obstetriks dan Ginekologi, Profesor Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj merangkap Timbalan Pengerusi MAWAR – YADIM dan Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Issraq Ramli merupakan ahli panel bagi membicarakan tajuk ini.

Ahli Dewan Negara, Yang Berhormat Senator Raj Munni Sabu @Aiman Athirah Al Jundi pula bertindak selaku moderator.

Antara tetamu kenamaan yang dijadualkan hadir termasuklah Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Y.Bhg Datuk Ir. Amrullah Kamal, Pengerusi MAWAR, Dr Hafidzah Mustakim, Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki, serta Yang Dipertua PPS Cawangan Tawau, Ruhayah Yunus.

Orang ramai khususnya golongan wanita dan masyarakat sekitar dijemput beramai ramai hadir ke konvensyen ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *