Home » Citra Yadim » Covid-19 YADIM Sarawak di Betong

Covid-19 YADIM Sarawak di Betong

BETONG – Sebanyak 30 pek sumbangan untuk golongan yang memerlukan disampaikan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak, di sini pada 9 Mei.

Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat berkata, antara lokasi penyerahan ialah di Kampung Gerigat di sini yang melibatkan 16 keluarga, Kampung Nyabor (9 keluarga) dan Kampung Roban (5 keluarga).

“Ia merupakan penerusan aktiviti penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan di bahagian ini.

“Majoriti penerima ialah asnaf yang terputus pendapatan kerana Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan,” kata beliau.

Bantuan di bahagian ini telah disampaikan oleh Daie YADIM di bahagian ini, Ustaz Mohamad Khairul Keranaini menerusi Program YADIM Peduli: Musa’adah Covid-19.

Terdahulu, bantuan seumpama ini disampaikan di Kuching, Sibu, dan Sri Aman di negeri ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *