40 lagi surau di Wilayah Persekutuan dibenar solat Jumaat

BANGI – 40 lagi surau di Wilayah Persekutuan diberikan kebenaran sementara untuk menunaikan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Antara 40 surau yang dibenarkan ialah Surau Al-Huda (Taman Intan Baiduri), Surau Al-Falah (SMKA KL), Surau Al-Hijriah (PPR Sri Aman), Surau Ibrahimiah (Kg Batu Muda), Surau PERKIM dan Surau Al-Amin. Turut dibenarkan, Surau […]

Aktiviti keagamaan di masjid, surau di Kedah dibenarkan

ALOR SETAR – Aktiviti keagamaan di masjid dan surau di Kedah dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tertentu. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, Mohd. Yusri Md. Daud berkata, antara ketetapan itu adalah masjid dan surau hanya akan dibuka satu jam sebelum waktu solat dan satu […]

Hanya enam jemaah boleh hadir di masjid

Kuala Lumpur – Enam jemaah sahaja dibenarkan untuk menunaikan solat lima waktu di masjid di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula malam ini. Bagaimanapun, kerajaan turut membenarkan laungan azan dibuat bagi mengimarahkan masjid. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam jemaah itu akan […]

PKPB untuk imbangkan aspek kesihatan, ekonomi

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah adalah membabitkan sektor sosial dan pendidikan saja. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penguatkuasaan PKPB itu juga bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan pandemik di kawasan terbabit. Katanya, PKPB akibat peningkatan kes jangkitan COVID-19 itu […]

PKP Pemulihan mulai 10 Jun, rentas negeri dibenarkan

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir 9 Jun ini digantikan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos ini. Perdana Menteri berkata, keputusan melaksanakan PKPP itu dibuat selepas mendapati kadar kes dalam kalangan warga tempatan semakin baik dan terdapat tren penurunan kes. Katanya, lebih banyak kelonggaran […]

PKPB: Bicara malam di Mahkamah Syariah atasi kes tertangguh

KUALA LUMPUR – Mahkamah syariah dijangka perlu melanjutkan prosiding hingga sebelah malam, bagi menangani kes yang tertangguh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana COVID-19. Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pihaknya menggalakkan prosiding hingga malam kerana mengambil kira, tiga bulan mahkamah tidak mengendali kes. Beliau berkata, pandemik […]

JHEAIPP perkenal temuduga khas ganti kursus pra perkahwinan

JHEAIPP perkenal temuduga khas ganti kursus pra perkahwinan GEORGE TOWN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan mengadakan temuduga khas bagi menggantikan kursus pra perkahwinan Islam sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan enam bulan pasca PKPB. Pengarahnya, Zulkifli Long berkata, permohonan untuk temuduga khas itu boleh dibuat di Pejabat […]

MAINJ agih RM9.2 juta kepada asnaf

JOHOR BAHRU – Seramai 73,629 asnaf fakir miskir menerima zakat daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bernilai keseluruhan RM9.2 juta bagi menyambut Aidilfitri tahun ini. Ketua Penolong Pengarah MAINJ, Khairul Nizam Mat Said berkata, penerima terdiri daripada 6,646 ketua keluarga fakir yang setiap seorang menerima RM300. Katanya, seramai 7,736 tanggungan fakir akan menerima RM50 […]

Tidak boleh solat di luar masjid

 PUTRAJAYA – Individu yang namanya tidak tersenarai, dilarang untuk hadir atau menunaikan solat di luar masjid, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara yang perlu dipatuhi, menyatakan tidak boleh bersolat di luar masjid, sepanjang […]

Covid-19 YADIM Sarawak di Betong

BETONG – Sebanyak 30 pek sumbangan untuk golongan yang memerlukan disampaikan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak, di sini pada 9 Mei. Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat berkata, antara lokasi penyerahan ialah di Kampung Gerigat di sini yang melibatkan 16 keluarga, Kampung Nyabor (9 keluarga) dan Kampung Roban (5 keluarga). “Ia merupakan […]