Home » Langit Terbuka » Cristiano Ronaldo suarakan sokongan kepada kanak-kanak Syria

Cristiano Ronaldo suarakan sokongan kepada kanak-kanak Syria

Christiano Ronaldo sememangnya terkenal sebagai seorang personaliti yang giat memperjuangkan isu-isu kemanusiaan terutama membabitkan kanak-kanak.

LISBON – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo menarik perhatian dalam isu Syria apabila menyatakan sokongannya kepada kanak-kanak di negara bergolak itu melalui pesanannya di media sosial.

“Kuatkanlah, yakinlah, jangan pernah menyerah,” tulis Ronaldo di Twitter pada Selasa (13 Mac), untuk menarik perhatian kepada tindakan kekerasan terhadap kanak-kanak Syria.

Beliau juga memuat turun rakaman video tentang serangan terhadap orang awam di Ghouta Timur, Syria pada Februari 2018, demikian Anadolu Agency.

Ghouta Timur, daerah di pinggiran ibu kota Damaskus, telah dikepung selama lima tahun dan bantuan kemanusiaan ke daerah tersebut terputus, menyebabkan sekitar 400,000 penduduk terperangkap di daerah itu.

Selama lapan bulan terakhir, pasukan Presiden Syria, Bashar al-Assad telah meningkatkan kawalan di Ghouta Timur, sehinggakan hampir mustahil bekalan makanan dan ubat-ubatan masuk bagi merawat ribuan pesakit.

Ronaldo bekerjasama dengan badan sukarela, Save the Children dan telah menyumbangkan makanan, pakaian dan perubatan kepada keluarga yang terlibat dalam konflik di Syria.

Pada Februari, Ronaldo juga memuatkan foto di Twitter sebagai tanda sokongannya kepada kanak-kanak Rohingya. – MINA

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *