Home » Langit Terbuka » Cuaca Panas, Kering: Masjid Bawah JAKIM Anjuran Solat Hajat

Cuaca Panas, Kering: Masjid Bawah JAKIM Anjuran Solat Hajat

Sumber foto Alhijrah Online
Sumber foto Alhijrah Online

KUALA LUMPUR: Semua masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta menganjurkan solat hajat untuk memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat, pada esok bersamaan 1 Jun 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, negara sedang berhadapan dengan keadaan cuaca panas dan kering yang memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat dalam urusan seharian.

Katanya, kementeriannya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdoa supaya cuaca kembali berada dalam keadaan baik.

“Saya telah meminta masjid-masjid di bawah seliaan JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk melaksanakan Solat Hajat pada 1 Jun 2023.

“Masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga turut diminta untuk melaksanakan Solat Hajat pada tarikh sama untuk memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat,” katanya.—AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *