Home » Citra Yadim » Gandingan YADIM, Rasuah Busters cegah rasuah di semua peringkat

Gandingan YADIM, Rasuah Busters cegah rasuah di semua peringkat

PUTRAJAYA – Gejala rasuah jika tidak dicegah boleh membarah dan merosakkan sistem dan keharmonian negara.

Melihat ini sebagai satu ruang dan peluang yang perlu dibasmi menerusi jalan dakwah, YADIM meninjau beberapa peluang bekerjasama dengan badan bukan kerajaan Rasuah Busters bagi mencapai tujuan berkenaan.

Beberapa program yang boleh dijalankan bersama dengan segera, dikenalpasti untuk dilakukan dalam masa terdekat seperti yang melibatkan pelajar sekolah, universiti serta tidak lupa pihak berkuasa tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Puan Nurhayati Dato’ Nordin dalam pertemuan dengan Yang Dipertua YADIM Datuk Hasanuddin Mohd Yunus pada 31 Mei berkata, pihaknya komited untuk bersama agensi agama bagi menekankan nilai anti rasuah pada masyarakat.

”Kita mahu orang ramai tahu ia merupakan tuntutan agama (menolak rasuah), bukan sahaja bagi orang Islam, tetapi agama lain juga.

”Kita juga sedia bersama dalam semua platform YADIM,” katanya.

Hadir sama ialah Pengarah Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Puan Wan Normi Hasan dan Pegawai Media, Asmaliza Mansor.

Tambah Nurhayati, bagi tujuan itu pihaknya bukan sahaja mempunyai modul, tetapi juga penceramah, bahan untuk kanak kanak dan bersedia membuka reruai jika diperlukan di program bersesuaian.

Hasrat bekerjasama Rasuah Busters ini disambut baik Datuk Hasanuddin yang mahu supaya disegerakan sebarang program yang difikirkan sesuai. YADIM ujarnya, membuka pintu seluas luasnya kepada Rasuah Busters bagi tujuan kerjasama ini.

Rasuah Busters mempunyai lebih 500 rakan gabungan yang sepertinya, komited menangani rasuah di semua peringkat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *