Home » Citra Yadim » Cuci Cuci Gua Kerbau YADIM Kedah

Cuci Cuci Gua Kerbau YADIM Kedah

KODIANG – Berapa ramaikah antara kita yang benar benar menitik beratkan faktor kebersihan alam sekitar?

Alhamdulillah ramai yang mempunyai kesedaran itu, namun ada juga yang tidak mengendahkannya langsung.

Buktinya masih ada yang membuang sampah sehingga mencacatkan pemandangan indah yang menghijau dan kawasan riadah di negara kita.

Justeru, sempena Hari Alam Sekitar 2022, YADIM Kedah telah menganjurkan program YADIM Lestari pada 22 Oktober di Gua Kerbau di sini.

Ia merupakan salah satu pengisian dalam Program Bulan Dakwah 3.0.

Gua Kerbau dipercayai telah wujud sekitar 200 hingga 300 juta tahun dahulu yang terletak di Bukit Keplu Kampung Kodiang.

Dahulunya dikenali dengan nama Gua Batu Putih. Program di pusat rekreasi ini merupakan siri ke 5 YADIM Lestari negeri Kedah pada tahun ini.

Aktiviti Cuci – Cuci Gua Kerbau bermula jam 9 pagi dengan membersihkan sampah sarap secara bergotong – royong di sekitar kawasan program. Sebanyak 26 beg sampah dikumpul dan dibersihkan oleh para peserta program yang turut disertai Rakan Belia YADIM (RBY) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra, pelatih dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kubang Pasu, Rakan Siswa YADIM Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dan Kolej Cosmopoint Sungai Petani.

Usaha ini juga bertujuan mendidik orang ramai tentang kepentingan keseimbangan yang harmoni antara alam dan aktiviti manusia.

Turut diselitkan ialah santapan rohani tazkirah Peduli Remaja yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Sofi Mohamad Akhir selepas selesai aktiviti cuci cuci.

Hadir sama ialah para pegawai dan kakitangan IKBN Jitra, JKM Kubang Pasu dan rakan strategik YADIM Kedah.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *